Thursday, July 25, 2013

Pompei




1. Antara bandar yang paling terkenal di bawah pemerintahan Rom.

2. Pada tahun 80M, bandar Pompei mempunyai lebih kurang 50000 orang penduduk.

3. Kemudahan - dewan orang ramai, kedai, rumah ibadat, pintu gerbang, perpustakaan, mahkamah dan Colloseum (tempat pertandingan bagi pahlawan Rom dan binaannya bulat tanpa atap).

4. Mempunyai sistem saliran air bawah tanah - air disalurkan melalui paip sejauh 165km dan melibatkan 14 buah terusan.

5. Bekalan air ini mencukupi untuk kegunaan penduduk Pompei bagi tujuan kegunaan harian dan untuk perindustrian. Terusan-terusan yang dibina juga digunakan untuk tujuan pengangkutan.

Tamadun Rom




1. Letakan - di Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium yang didiami oleh masyarakat Latin.

2. Ia berkembang ketika diperintah oleh Romulus.


3. Kemudian wujud majlis perbandaran di setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pusat pentadbiran di Rom.


4. Bandarnya lengkap dengan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum, rumah mandi awam dan istana.


5. Contohnya bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan, perpustakaan, mahkamah, pintu gerbang, Colloseum, paip bawah tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan.

6. Penduduknya seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.

Bab 2 Peningkatan Tamadun - Latar Belakang Tamadun

Apakah Peningkatan Tamadun?




1. Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar.

2. Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding dengan yang sebelumnya.


3. Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi.