Wednesday, August 14, 2013
Sumbangan Tamadun kepada Dunia Hari Ini
1. Republik - sistem 2 konsul.
2. Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan - mempunyai unsur demokrasi memilih President.
3. Aqueduct dan Colloseum menjadi sumber pelancongan.
4. Bahasa Latin digunakan oleh Agama Kristian.
Bahasa dan Kesusasteraan
Cicero Virgil
Dalam Tamadun Rom, terdapat 2 orang penulis dan penyajak, iaitu Cicero (106 - 43S.M.) dan Virgil (70 - 19S.M.). Kesusasteraan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caesar.
Seni Bina
Pantheon
1. Merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia.
2. Dibina pada Zaman Maharaja Hadrian (117 - 138M ).
3. Merupakan tempat pemujaan dan penyimpanan patung dewa. Kerja-kerja awam juga dijalankan.
Colloseum
1. Merupakan binaan berbentuk kubah yang dibina oleh Maharaja Flavian sebagai tempat pahlawan Rom bertarung.
2. Colloseum juga berfungsi sebagai teater.
3. Dapat memuatkan 50000 - 80000 orang penonton.
Aqueduct
1. Merupakan saluran air yang berfungsi membekalkan air ke Rom.
2. Penting untuk menjaga taraf kesihatan penduduk Rom. Air dibawa dari sumbernya di gunung. Teknologinya berasaskan graviti.
3. Aqueduct terpanjang di Marcia, iaitu sejauh 91km. Aqueduct ini adalah melalui saluran dalam tanah dan pintu gerbang.
4. Antara aqueduct yang menjadi lambang kemegahan Rom ialah Aqua Claudia.
2. Dibina pada Zaman Maharaja Hadrian (117 - 138M ).
3. Merupakan tempat pemujaan dan penyimpanan patung dewa. Kerja-kerja awam juga dijalankan.
Colloseum
1. Merupakan binaan berbentuk kubah yang dibina oleh Maharaja Flavian sebagai tempat pahlawan Rom bertarung.
2. Colloseum juga berfungsi sebagai teater.
3. Dapat memuatkan 50000 - 80000 orang penonton.
Aqueduct
1. Merupakan saluran air yang berfungsi membekalkan air ke Rom.
2. Penting untuk menjaga taraf kesihatan penduduk Rom. Air dibawa dari sumbernya di gunung. Teknologinya berasaskan graviti.
3. Aqueduct terpanjang di Marcia, iaitu sejauh 91km. Aqueduct ini adalah melalui saluran dalam tanah dan pintu gerbang.
4. Antara aqueduct yang menjadi lambang kemegahan Rom ialah Aqua Claudia.
Sains dan Teknologi
1. Boethius - mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
2. Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar) - memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China.
Falsafah
2. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam.
3. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan.
4. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.
5. Plato telah membincangkan sesebuah masyarakat atau negara harus diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah dalam Republik.
6. Aristotle (guru kepada Alexander the Great) pula membincangkan cara berfikir yang teratur.
Pendidikan
1. Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
2. Pendidikan mementingkan aplikasi praktikal ilmu - contohnya membina infrastruktur dan kemudahan awam.
3. Pusat pendidikan ini melahirkan jurutera yang membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya.
4. Pusat pendidikan ini juga melahirkan ahli falsafah dan sejarahwan yang telah menuliskan sejarah kegemilangan Rom.
Perluasan Kuasa
1. Augustus Caesar - mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin.
2. Kesan penyatuan - pembentukan sistem pentadbiran pusat.
3. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik apabila menjadi diktator.
4. Augustus Caesar meneruskan sistem pemerintahan bercorak empayar dan terus menggunakan gelaran maharaja.
5. Zaman pemerintahan beliau dikenali sebagai Pax Romana kerana berjaya membawa keamanan, keagungan dan kesejahteraan.
Julius Caesar
1. Dilahirkan pada tahun 100 S.M.
2. Terkenal sebagai tentera yang agung kerana kejayaan dalam peperangan.
3. Pada tahun 62 S.M., beliau telah dilantik sebagai praeotor dan pada tahun 59 S.M. beliau telah menjadi konsul.
4. Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompei.
5. Namun, beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M. oleh penyokong Jeneral Pompei.
Augustus Caesar
1. Anak saudara Julius Caesar.
2. Merupakan pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator.
3. Ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony.
4. Anthony ialah bekas tentera Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam Peperangan Actium (31 S.M.)
Perundangan
1. Hukum kanun 12 ialah undang-undang yang pertama.
2. Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.
3. Lahir pada Zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.
4. Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang-undang Rom yang dikenali sebagai Undang-undang Justinian.
Pemerintahan dan Pentadbiran
1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan).
2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Kemudian dibentuk sistem Republik - Dua konsul dilantik oleh Dewan Senat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik di kalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
4. Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar - berlaku selepas perluasan kuasa Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat.
5. Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah.
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)




