Wednesday, August 14, 2013
Perluasan Kuasa
1. Augustus Caesar - mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin.
2. Kesan penyatuan - pembentukan sistem pentadbiran pusat.
3. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik apabila menjadi diktator.
4. Augustus Caesar meneruskan sistem pemerintahan bercorak empayar dan terus menggunakan gelaran maharaja.
5. Zaman pemerintahan beliau dikenali sebagai Pax Romana kerana berjaya membawa keamanan, keagungan dan kesejahteraan.
Julius Caesar
1. Dilahirkan pada tahun 100 S.M.
2. Terkenal sebagai tentera yang agung kerana kejayaan dalam peperangan.
3. Pada tahun 62 S.M., beliau telah dilantik sebagai praeotor dan pada tahun 59 S.M. beliau telah menjadi konsul.
4. Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompei.
5. Namun, beliau telah dibunuh pada tahun 44 S.M. oleh penyokong Jeneral Pompei.
Augustus Caesar
1. Anak saudara Julius Caesar.
2. Merupakan pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator.
3. Ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony.
4. Anthony ialah bekas tentera Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam Peperangan Actium (31 S.M.)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


No comments :
Post a Comment