1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan).
2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Kemudian dibentuk sistem Republik - Dua konsul dilantik oleh Dewan Senat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik di kalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
4. Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar - berlaku selepas perluasan kuasa Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat.
5. Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah.
No comments :
Post a Comment